Thursday, May 27, 2010

KEKALAHAN!!!

Sebagai seorang manusia, aku kalah dengan ujian yang aku hadapi setelah lama aku juangkan.. selama 19 tahun aku tidak pernah kenal erti kekalahan, putus asa, kekecewaan, ketidakfleksibelan dalam diriku...
dulu aku yakin aku boleh melakukan apa sahaja yang mampu manusia lakukan.

tapi sekarang...
entah la...
permulaan tahun ku di fakulti perubatan universiti malaya ini seperti detik hitam kepadaku.. kejatuhan empayar syed ahmad fareez mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran diri tidak bertahan..
strategi yang diamalkan selama ini ternyata bercanggah dengan keamjuan teknologi yang diguna pakai pada zaman moden ini..

dlm pikiran ku sekarang ini hanya lah memulakan tahun baru, dengan strategi yg sedang dirancangkan..
ku rasakan sebulan yang tinggal hanya menambahkan beban dan tekanan ku..
tetapi harapan yang tinggi diletakkan atas bahu ku membuatkan aku masih terus usaha hingga ke titisan nafas or darah terakhir buat tahun ni..
setelah ku mengeksperimen diriku, ku dapati baki tahun ni hanya lah percubaan ku menggunakan strategi peperangan yang akan dilancarkan pd tahun hadapan..

apa yang ku perlukan sekarang ialah:
kesabaran
ketenangan
keceriaan
kemewahan.. haha.. nk enjoy gak..

ku masih ada kawan yang masih boleh menolong ku.. terima kasih semua..

No comments:

Post a Comment